Peserta Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (AFC)

46 Negara-negara yang bergabung dengan FIFA dari AFC memasuki kelayakan, dengan Kedudukan Dunia FIFA April 2019 digunakan untuk menentukan negara mana yang akan bersaing dalam pusingan pertama. Untuk pengagihan dalam pusingan kedua dan pusingan ketiga, Kedudukan Dunia FIFA yang paling terkini sebelum cabutan itu akan digunakan.

Oleh kerana format bersama kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia, Qatar (sebagai negara tuan rumah Piala Dunia 2022) dan China (sebagai negara tuan rumah bagi Piala Asia 2023) juga akan memasuki pusingan kedua kelayakan Piala Asia.[4]

Sekatan berikut akan digunakan:

  • Timor-Leste dilarang daripada mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Asia selepas didapati telah meletakkan sejumlah 12 pemain yang tidak layak dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 juga di kejohanan-kejohanan lain sebelumnya.[5] Walau bagaimanapun, FIFA tidak mengharamkan mereka dari kelayakan Piala Dunia, Timor-Leste dibenarkan memasuki kejohanan itu, tetapi tidak memenuhi syarat untuk melayakkan diri ke Piala Asia.[6]
Dari Kedudukan Dunia FIFA April 2019[7]
Bye ke pusingan kedua
(Kedudukan 1 hingga 34)
Bersaing di pusingan pertama
(Kedudukan 35 hingga 46)
  1.  Iran (21)
  2.  Jepun (26)
  3.  Korea Selatan (37)
  4.  Australia (41)
  5.  Qatar (55)
  6.  Emiriah Arab Bersatu (67)
  7.  Arab Saudi (72)
  8.  China (74)
  9.  Iraq (76)
  10.  Syria (83)
  11.  Uzbekistan (85)
  12.  Lubnan (86)
  13.  Oman (86)
  14.  Kyrgyzstan (95)
  15.  Jordan (97)
  16.  Vietnam (98)
  17.  Palestin (99)
  18.  India (101)
  19.  Bahrain (111)
  20.  Thailand (114)
  21.  Tajikistan (120)
  22.  Korea Utara (121)
  23.  Filipina (124)
  24.  Taipei Cina (125)
  25.  Turkmenistan (136)
  26.  Myanmar (140)
  27.  Hong Kong (141)
  28.  Yaman (146)
  29.  Afghanistan (149)
  30.  Maldives (151)
  31.  Kuwait (156)
  32.  Indonesia (159)
  33.  Singapura (160)
  34.  Nepal (161)
  1.  Malaysia (168)
  2.  Kemboja (173)
  3.  Makau (183)
  4.  Laos (184)
  5.  Bhutan (186)
  6.  Mongolia (187)
  7.  Bangladesh (188)
  8.  Guam (193)
  9.  Brunei (194)
  10.  Timor-Leste (195)
  11.  Pakistan (200)
  12.  Sri Lanka (202)

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (AFC) http://www.insidethegames.biz/articles/1053493/hos... http://www.the-afc.com/afc/documents/PdfFiles/afc-... http://www.the-afc.com/afc/documents/PdfFiles/afc-... http://www.the-afc.com/afc/documents/PdfFiles/afc-... http://www.the-afc.com/competitions/FIFA-World-Cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://www.the-afc.com/media/federacao-futebol-tim...